Sunday, 31 July 2011

Hari Yang Penat, Aku Menangis

Salam, Jumaat [29 JULY 2011]

Aku suka hari jumaat tp setiap hari jumaat mesti akan membuatkan aku nak marah-sakit hati, tension segalanya serba tak kena & hujung hari jumaat aku ini---aku dah menangis.

Malas aku nak utarakan sedih-marah aku gan hal2 kat office, bagi aku itu rutin cos biasa laaa ada je tak kena & aku kdg2 fed up gan keadaan tp kita kena hadapi juga.

Bukan hal kerja yg aku kisahkan tp gan keadaan sekeliling, politik hal2 kawan2 sekerja buat aku geram kdg2.

Adakala aku akan buat diri tak bercampur gan hal2 tak sepatutnya tp adakala tak boleh mengelak & perlu aku tunjukkan juga rasa ketidakpuas hati aku pada sesuatu. Last2 kalau aku geram, aku akan diam buat kerja , lagi bagus!!!

Cam biasa tepat kul 6pm je aku akan punch card & balik. Dalam kepala aku hanya fikir "Oh no!!! today jumaat, JAMM, SESAK..!!!", aku terus bawa kereta keluar dr kawasan office & pergi. Setakat ini ok lagi, aku puas hati cos jalan ok je lak, tak jamm.

Tp hampa bila smpi area jalan istana, kereta mula slow & dah makin sesak tak bergerak "Oh no!!!" Aku cuba sabarkan diri & hadapi jamm ini. Jalan slow, tenang walaupun hati nak marah bila kereta depan aku nih slow sgt & asyik kereta lain potong dia je, abis aku lak belakang dia makin ke belakang. Bg aku, kalau dia nak slow & nak bawa ala2 nak gi shopping ke, suka hati laa tp boleh tak ke kiri sahaja, Biar kereta lain duduk kiri utk laluan laju. Tp cam laa tak faham2 still nak duduk line kanan tp slow sgt bawanya. Ini laaa hal selalu buat aku nak marah. Aku cuba kata SABAR SABAR je kat hati aku ini.

Alahai, aku smpi rumah lagi 5 minit nak pukul 8mlm. At least selamat gak aku sampai, dgr kata jamm kat KL nih pasal ada sales kat SOGO & ada raptai untuk hari pahlawan kat Dataran.

Oh No, maybe kot sebab tuh jamm amat2. Aku tension tp nak buat camner kalau aku byk merungut pun, bukan kereta aku oleh terbang balik gan cepat gak.

Mak aku yg baru pulang juga dr hadiri forum ALKHULIYAH pun dah balik. Semua ajak aku keluar makan kat luar tp kali ini aku tak nak ikut.

Aku bagi alasan aku penat, sememang pun aku penat, mahunya tak, 2 jam aku duduk dalam kereta, dengan mata mengantuk ku tahan, dengan perasaan nak marah akibat jamm lagi, aku rasa cam kaki aku dah melekat pun kat gear kereta ni. Nasib baik laa kereta auto, kalau manual agaknya lagi parah aku!!!

Tp yg buat aku paling nak marah, sedih bila ayah aku hulurkan kerjanya utk aku buatkan. Senaskah buku ala2 cam assignment muka surat sebanyak 21 & semuanya memerlukan aku menaip byknya satu muka.

Aku tak pandai nak menolak tp hanya tunjuk muka aku yg masam aje laa. Siap bgth yg dia nak sebelum hari ahad. Mak Ooooii, esok sabtu aku kerja lagi, ptg mesti ayah mak nak ajak jalan2 pula. Masa bila aku nak buat.

Bukan aku kisahkan sgt ttg masa nak buat tp ayah aku sepatutnya buat sendiri kerana itu kerja dia. Dia pun tak pergi mana2 esok & ada kat rumah. Kerja itu pun hanya perlu taip in WORDS sahaja bukannya ada kena buat rekaan design jadual apa2 ke.

Aku nih dah laa penat tp still tak faham. Aku harap bila aku tak ikut keluar makan, aku nak rehat sekejap tp nmpknya aku kena curi masa gak jap lagi buat benda itu. Itu belum lagi kerja2 rumah, kat dapur, basuh baju blablablabla, last2 apa aku boleh buat, hanya MENANGIS.

ok, sampai sini sahaja aku nak kongsi, bye

No comments:

Post a Comment