Sunday, 7 August 2011

Hari Yg Memenatkan : Jalan2 di Bazar TA Rahman + Sogo

Salam, [Ahad 07.08.11]

Hari ini hari ahad. Adik aku nak beli blazer, So abah cadangkan gi cari kat Kamdar Jln TA Rahman, adoooiii aku paling tak suka nih. aku dah sarankan pun supaya mereka sahaja pergi tp mak nak gak aku ikut.

Aku rasa kalau aku tak ikut pun bukan ada makna pun, aku bukannya ada benda nak beli. Tujuan gi sana nak cari blazer so bawa yg berkenaan ok laa. Aku nih dah laaa tgh sakit kepala bertambah sakit gak laa nanti. Namun aku turutkan juga pergi.

Kami kuar dr rumah hampir kul 12 tgh hari. Emak cam biasa laaa kata abah dah marah kena tunggu dlm kereta tp bila aku masuk kereta abah relax je tak marah apa pun. Emak je yg suka kelam kabut itu ini. Kami bertolak menuju ke bandaraya KL.

Bosannya dah laa tiap2 hari aku duk lalu jalan nih gak, aku pun ambil novel OMBAK RINDU yg aku bawa & baca dlm kereta utk hilangkan kemarahan aku yg kena ikut ini.

Sampi ke kawasan Jalan TA rahman, abah park kereta dalam bangunan MBCB Bank sebelah Sogo tuh. Alahai cari parking punyalaah tiada sampi kena turun smpi P4 baru ada kosong. Redha je laaa. Kami kuar jalan2 menuju ke Kamdar yg berada di sebelah jalan.

Ramainya org aku rasa cam setiap tempat ada je org. Pelbagai bangsa pun nmpk sedangkan aku rasa tak lama lagi Hari Raya Puasa kan tp kenapa aku nmpk gak kelibat bangsa2 asing, cina2, india, mungkin dia org pun nak beli belah.

Ambil peluang kot barang2 tgh byk pilihan itu ini. Kami terus masuk ke Kamdar & terus ke tingkat 4 utk cari blazer yg dikehendaki. Jumpa gak rak blazer tp bila adik aku cuba2 ada je tak kena, bahu dah ok tp pendek lak bahagian pinggang. Dia dah laa org yg tinggi gak. Dia pun ala2 tak mahu je. Aku bgth yg kita try jalan2 lain dulu mana tau ada berkenan drpd ambil je yg tak kena tuh, So ayah aku pun ikut je & kami turun semula kuar jln cari tmpt lain.

Kami menuju ke satu lagi Kamdar & juga seperti adi, kami terus naik tingkat Lady Department cari Blazer itu. Kali ini jumpa gak apa yg dikehendaki. OK laa & dah bayar je kami pun turun dr kamdar itu. Ayah tanya nak pergi mana lagi.

Aku sarankan pergi SOGO, berkurun rasanya aku tak jejak Sogo, last sekali pun terus naik ke tinkat berapa tah ada karaoke utk sambut birthday office mate aku je. Selain itu rsnya dah berthn aku tak jejak. Bukan apa saja nak tgk apa perubahan kalau ada kat Sogo itu.

Kami lintas ke bangunan Sogo. ramai gak bertenggek kat tangga2. Itu mmg adat kalau kat Sogo. Teringat lak kat seorg kawan office aku yg bujang. Dia bgth aku yg dia pernah buka puasa sorang2 kat tangga Sogo itu, Ahhaa, sian dia bila aku dgr dia cerita.

Wah bila masuk je Sogo mmg berderet2 org. Pelbagai org ada & paling aku terkejut agaknya kat bhgn center tuh fuhhhhh cam ulat org2 tgh pilih2 barangan Sale.

Mmg Sogo tgh sale sekarang tp amat2 bersesak2 nmpknya. Tolong laaa kalau nak beli byk2 berpadanan laaa kena beratur tp kalau hanya sehelai aku rasa tak perlu kot nak tunggu. Maybe kalau dtg time org kerja tak ramai cam nih kot. Kami berderet2 gak jalan2 sekitar kawasan jual kasut, belek2 itu ini last2 ayah tanya aku nak gi mana "eh Abah nih asyik tanya aku je?? "

Aku bg cadangan gi Semua House lak. Konon agak2 tak sesak laaa kot. Kami kuar dr Sogo & lintas jalan menuju ke Semua House & jalan2 kawasan Masjid India. adoi singgah sana singgah sini byk bazar itu ini tgh ada jual brg2 baju2 tudung2. Abah singgah sebuah kedai jual kain pelikat & dia beli 6 kain kalau tak silap aku laaa. Adik aku singgah beli tudung. Aku tak beli apa cos mmg tak cadang pun. Terus terang aku ckp aku kena tgk budget aku dulu baru nak belanja. Aku pun tak cadang nak beli apa lagi pun.

Kami masuk Semua House, jalan2 tgk itu itgk ini. Mak masuk sebuah butik. aku pun ikut & ada berkenan dgn sehelai kain tp aku tak nak beli, Ohho RM49.90 lohhh, sekeping RM aku hilang nanti. tak pee laa nanti2 aku beli kalau aku jumpa lagi kain cam tuh. Itu laah perangai aku, berkenan beria tp tak beli cos fikir tak cukup utk hal lain konon. aku tak kisah pun.

Dah terasa penat dah kaki. kami jln2 lagi tgk2 kat kaki lima & aku bgth agar balik je laaa, Slow2 kami jln back to bangunan kami park kereta & pergi dr situ. Kepala aku mula serabut balik dgn sakit kepala. Adooooiii ini asyik2 sakit je kenapa.

Sampai umah kul 2pm cam tuh ok laaa masih awal & redup lagi. Mak cadangkan kami ptg ini berbuka kat luar, Kat Kuchai Lama ada satu warung jual ikan bakar. dah byk kali pun dulu2 kami berbuka kat warung itu. Warung itu pernah masuk Jalan Jalan Cari Makan pun bersama Maria Tunku Sabri.

Sampai rumah rehat seketika. Aku & adik aku layan cerita drama korea He's Beautiful seketika. Dah pukul 6pm kami kuar semula utk berbuka di luar, di Kuchai Lama. Sampai sana dalam 630pm & ambil meja utk 6 org. Abah tempah 4 hidangan pari bakar & 2 hidangan kembong bakar. Lauk lain masing2 ambil ikut suka cara tapau je kat pinggan.

Aku minta nasi setengah aje cukup utk aku, ceduk sikit kuah lemak telur & sedikit udang masak merah. Tepat kul 7.25pm waktu berbuka lepas dgr azan, kami pun santap laa, ahhhaa perggggghhh abis nasi aku & ikan pari aku yg terhidang. Cukup2 utk aku mungkin bolehlah abis. Abis makan kami pun nak balik tp aku punyalah angin bila dapati kereta aku ada tompokan tahi burung byk tmpt pula tuh.

Adoooiiiii pleasee laaa aku baru je basuh kereta aku pagi tadi. Byk gila nak aje aku tembak2 burung2 tuh kalau aku nmpk. abis laaaa aku punya membebel pasal tahi burung itu aje. Smpi umah je aku ambil sebaldi air & jirus ke kawasan cermin yg terlibat.

Sambil mulut aku duk membebel lagi. Sayang laaaa sian kereta aku nih. Ok laaa bye dulu utk hari ini. coretan yg tah apa2, bye.

No comments:

Post a Comment