Wednesday, 1 February 2012

FAMILY DAY 2011 [21hb - 22hb OCT] @ SWISS GARDEN KUANTAN

SALAM,

Aku tetap nak citer sikit ttg perihal Family Day thn 2011 utk Office tmpt aku kerja juga. Tak kisahlah benda dah lambat pun. Sejak kebelakangan nih office aku rajin nak buat Family Day dgn tujuan utk mengeratkan hubungan pekerja2 dgn boss & lawyer2 terutama dgn staff di cawangan krn masa Family Day inilah kami dapat berjumpa pun.

Tempat berjumpaan kali nih (thn 2011) ialah di SWISS GARDEN RESORT di Kuantan, Pahang. Actually byk citer disebalik takbir sebelum nak dtg ke perjumpaan ini spt perihal cara nak pergi, naik kereta sapa2 ke, sapa nak pergi ke, hadiah2 laaa tp aku malas nak ttg hal belakang takbir tuh krn byk gak menyakitkan hati je.

Agak untung kali nih Family Day ini diurus oleh pihak Office Cawangan Seremban. Bukan kami iaitu dari Cawangan Utama iaitu office di KL tp w/pun begitu, ada juga hal2 yg kami perlu uruskan juga - HAMPER, dll.

Dgn kata senang - boss tak harap sgt 100% pihak cawangan yg buat. Sehari sebelum nak pergi Kuantan, aku-kak ida-Haza perlu bawa kereta masing2 utk ambil brg2 elektrik di sebuah tmpt (tak sure nama apa) yg akan dijadikan hadiah utk setiap staff. Dr sekecil2 kipas hingga hadiah utama ialah TV LCD. Katanya semua staff akan dapat cuma ikut nasib cabutan sahaja nanti.

Sempat lagi sebelum balik lathan menari utk group aku (Project Group) tp ada gak group aku yg tiada cos ada hal perlu diuruskan. Balik rumah aku kena siap sedia dgn beg utk pergi ke Kuantan. Ini laaa kau paling malas - nak packing brg. Aku siap balut hadiah yg aku nak kena bg nanti utk tukar2 hadiah dgn staf. Nasib laa sapa dapat hadiah aku tp kira untung laa krn aku beli hadiah tuh ketika aku lawat Bandung du. Harap sapa dapat akan menghargainya.

21hb - aku drive kereta aku & teman aku Zie ada sekali. Aku cuba nak bersikap penting diri sendiri utk tidak tumpangkan individu tertentu skrg aku dah pernah lalui pengalaman thn lepas bersama individu terbabit. Tak perlu citer laaa hal itu. Antara kesian dgn individu itu tp aku tak nak aku yg merana tak puas hati & lepas balik nanti aku gak byk merungut ttg dia. So, aku pentingkan diri & hanya berkereta dgn Zie shj. Aku janji nak konvoi sekali dgn kereta Kak CT & family gak. Sebab aku nih tak cam jln kalau dah masuk area kampung2. Kalau setakat jln utama ok laa.

Janji gan Kak CT nak jumpa kat Tol Jalan Duta kul 10am. Aku gan Zie smpi dulu kat sana so kami tunggu je laa tepi jalan  tp seorg polis lalu & tegur kami minta tunggu di depan. Aku ikut je so aku tunggu kat betul2 depan stesen minyak lepas tol tuh.

Segan pula aku & Zie bila Kak CT dtg & hulur kami 2 bungkus nasi lemak. Katanya husband dia yg bg sebab tadi masa dia tel kami, aku mmg bgth yg kami tak makan lagi. Boleh pula dia belikan nasi lemak. Segannya tp anyway thanks to her & husband for that nasi lemak.
Kami konvoi 2 kereta. Janji nak jumpa family Zul kat R&R Gambang je. Zul bgth dia baru balik dr kampung so nak terus jumpa kami kat sana. On the way je kawan office aku gak iaitu Ana tel bgth dia pun on the way dgn suaminya & akan jumpa kami kat R&R Gambang juga.

Kereta aku gan kereta Kak CT dah smpi R&R Gambang & kami tunggu Zul. Bila Zul dtg, wow dia ada anak2 yg kecil2 lagi & best pula tgk gelagat dia org main2 sementara tunggu Ana dtg. Bila Ana dtg, kami 4 kereta konvoi ke tmpt destinasi iaitu Swiss Garden Resort.

Sementara nak tunggu check in bilik, kami singgah makan kat kedai makan depan je gan Swiss. Alahai sedap gila makanan kat situ even aku hanya share nasi goreng sahaja dgn Zie krn tak nak perut aku meragam kalau makan byk.

Tp Ana-Kak CT semua puji makanan kat situ--sotong gorengnya besar2 & nasi goreng aku pun sedap sgt. Sang Suami semua pergi sembahyang jumaat. Isteti Zul pula jaga anak2nya kat kereta sementara tunggu Zul balik sembahyang. Bukan apa, kata isteri Zul yg budak2 tuh nanti hyper main2 sana sini lebih baik duk dlm kereta.

Smpi time check in, alamak, aku dapat bilik gan org lain. Tak nak......terus aku minta tukar gan Zie supaya satu bilik gan aku. Nasib boleh. Bukan apa, aku nih susah nak ngam gan org lagi2 tak kenal. Kami dapat bilik bawah je, Alahai cantik gila dgn shiling yg cantik.

Paling best bilik aku gan Zie berdepan dgn kolam renang. Ahhaa jgn jeles. Ana call aku bgth yg dia & husband dpt bilik tingkat 4 tp berdepan gan hutan2. Ramai kawan2 aku yg dapat bilik tngkat atas. Kira aku & Zie yg best, hihihihi. Kami berehat sementara nak tunggu petang.

Ptg - Haza & Shidah dtg bilik kami krn Haza nak practice lagi tarian. Sikit2 aku ajar laaa. Pas tuh kami kuar ke pantai krn ada aktiviti utk Kiddy Party. Alahai thn lepas lagi best. Kami2 yg bukan budak2 nih duk menikmati bihun goreng & air kotak pemberian Fiza. Kelihatan lelaki2 pula join main bola sepak pantai termasuklah boss aku En. Asmadi.

Lawyer Cik Marlina ajak utk latihan tarian lagi krn katanya dia masih tak boleh nak buat. Group tarian kami - 8 org kecuali Kak iza (kena jaga anak dia nak mandi kat kolam) pun buat latihan saat akhir juga. Aku sempat curi masa pergi ke pantai utk tinjau2 w/pun tak dapat mandi pun. Aku-Zie-Haza-Syidah abis bergmbr kat pantai pula.

Mlm - Aku & Zie bersiap utk Dinner with tema RETRO, hahahahha abislaaa, apa aku pakai nih??? Segan gila nak kuar dr bilik utk ke ballroom dinner pun. Tp nasib dah jumpa kawan2 yg turut gak melaram gan gaya retro. Lagi dasyat aku tgk pun ada. Lawyer aku Cik Niha pun cantik gan cermin mata hitamnya & bulu2 pink di bahunya. Boss pun sama gak. Melaram abis. Kami cari tmpt duduk & bermulalah acara dinner.

Diselang seli dgn acara cabutan bertuah & aku pun dapat sebuah hadiah besar gak. Agak2 mungkin stimmer (dah kami yg balut hadiah so dah agak laa hadiahnya, hihihihi). Paling best iaitu Syidah telah dapat hadiah utama iaitu TV LCD. Dia cam dah tau je cos dia duk ckp gan member dia yg dia nak dapat TV. Kebetulan katanya ayahnya mmg nakkan TV LCD gak. MMg rezeki laaa.

Bila acara persembahan, aku suka betul gan group Litigation dgn persembahan Bollywood dia org. Group aku ok-ok je laaa tp nmpk sgt berterabur. Masing2 tau sapa yg salah.

Aku suka sgt gan games tutup mata smbil dgr arahan. Suami Kak CT yg menang. Ending with joy & byk gmbr2 cuba diambil utk kenangan. Aku dicalonkan utk Pakaian Terbaik tp tak menang pun lepas aku kena menari depan org. Adooooii ini yg aku paling tak nak tp aku try to be sporting gak. Group aku dapat tmpt ketiga utk persembahan. Berterabur cam tuh pun leh menang.

Lawyer aku Cik Niha yg menang utk pakaian terbaik ini. Aku & Zie balik bilik dgn tgn yg penuh gan hadiah. Tp perut rasa lapar lagi. Niat nak keluar & janji dgn Ana & Kak Ct utk kuar minum2 kat luar sekadar nak abiskan waktu malam. Sekali bos pun ada & dia ajak semua gi Kedai Mamak terdekat utk "open table', aku ikut jee laaa.


Esoknya - bersiap pakai baju t-shirt merah utk acara sukaneka tp nmpknya hujan turun. Ubah tmpt ke Gim Indoor. Nasib agak luas cuma staff sahaja yg masuk. Bukan Staff tak boleh join.

Ok laaa mula2 memasing memperkenalkan diri & games pun bermula. Acara tukar2 hadiah. Aku kena bg hadiah pada Lawyer Cik Ana & aku pula dapat hadiah dr Along -staff dr Perak. Abis games, aku & Zie jalan sekitar resort - ambil gmbr & balik bilik utk ambil beg2 utk check out. Aku hantar beg ke kereta & kami tunggu staff2 lain utk perjumpaan lagi & bersalaman2 "Kan best kalau dapat 2-3 hari kat sini, aku nak mandi kolam!!!", uwaaaaa. BYE SWISSS.

Aku konvoi dgn kereta Ana-Kak CT- Asma- Adib-Syidah utk ke Kuala Terengganu nak beli keropok lekor. On the way nak ke sana, ALAMAK aku tersedar kamera aku tiada. Puas aku cari2 dlm beg, dlm kereta tetap tiada. Apa aku nak buat??

Aku bgth Kak CT & seingat2 aku last kamera tadi ketika aku bersalaman dgn boss di Swiss. Mesti tertinggal kat situ. Semua yg konvoi dah tahu & asing2 tertanya2 bgmn aku boleh tertinggal. Aku mmg syak 100% akan ada kat situ. Aku cuba call Kak Iza & Boss krn tadi mrk masih ada kat resort. Tp 2-2 dah masuk highway pun utk balik.

Alamak, Kak CT cuba call SWISS & bgth apa hilang. Mrk janji akan cari & akan call kalau jumpa. Aku dah mula gelabah. Air mata jgn citer laa dah mengalir. Zie pun cuba tenangkan aku tp aku nih mana boleh tenang. Aku rasa inilah perkara bodoh aku buat. CARELESS.

Kak CT bg doa utk aku baca dgn mudah-mudahan kamera itu dijumpai semula. Aku nak patah balik ke Swiss juga & Adib janji nak konvoi gan aku krn dia nak balik Kuantan. Aku cuba takut sesat je kalau aku je ke sana. Kak CT & lain2 akan tunggu aku kat Tol Gambang. On the way, aku dapat call bgth yg pihak SWISS dah jumpa kamera aku. Mmg ada kat tmpt aku katakan pun.

SYUKUR SGT2, Lega seboleh2nya & thanks to kawan2 aku yg tolong. Oleh kerana dah lewat, aku suruh Kak CT & kawan2 lain gerak dulu balik KL krn aku masih jauh lagi nak join dia org. At last aku gerak sorang kereta je balik KL. Nasib ada Zie Smpi KL kul 10mlm & aku hantar Zie balik & aku pun gerak balik gak. Lega bila smpi kat rumah.

OK laaa, itu je nak share. Best gak bila dapat tgk tmpt org. Cuma kdg2 kena bersabar dgn keadaan sahaja. Mesti thn nih ada lagi office aku akan buat Family Day. Harap tmpt yg best gak. Lagi best kalau masa panjang sikit kan. OK, BYE

No comments:

Post a Comment