Thursday, 7 July 2011

It's a Bird...It's a Plane...It's SUPERMAN


SALAM, intro tajuk tuh...ahhaa SUPERMAN, sapa kenal aku mesti tau aku gila watak superman, segalanya benda kalau leh nak ada superman, combination warna biru tua (warna fav aku) & warna merah mmg aku akan refer to superman.

Seingat aku laaa, aku mula suka dgn watak & karektor superman nih masa sejak sekolah menengah di mana time tuh mmg tgh top citer kat tv3 iaitu LOIS & CLARK - THE NEW ADVENTURES OF SUPERMAN, watak superman tuh di pegang oleh DEAN CAIN, mungkin aku terkesima (ahhhaa) dgn Dean, so aku mmg admire tul dgn superman & lakonannya, sapa tak suka watak hero kan.

Biar aku relate sikit apa aku tahu ttg SUPERMAN, lebih dikenali sebagai 'The Man of Steel' ataupun 'The Last Son of Krypton', ikut mitosnya (ceewaahhhhh), dia dihantar ke bumi oleh ibu bapanya dr planet lain iaitu Kripton, sebagai langkah utk menyelamatkannya & sepasang suami isteri manuasia bumi telah menjumpainya & membelanya dr kecil, pasangan suami isteri itu namakan bayi itu CLARK KENT.

Dikenali sebagai yg lurus bendul, tp gagah & tegas, punyai kuasa larian pantas, mata boleh x ray sesuatu sedalam2nya, mata boleh keluarkan lazer spt membakar, telinga boleh mendgr lebih dr had manusia, amat peka, boleh terbang dan byk lain.

Dia hanya menjadi superman bila memerlukan pertolongannya tp hari2 biasa, dia menyamar sbg wartawan sebuah akhbar. Mungkin kelebihan watak superman nih buat aku GILA padanya cos dia superhero yg byk kelebihan & kekuasaan.

Skrg aku mungkin sikit2 (sikit ke??? ahhhaa) mengumpul barangan superman seperti model2 superman, baju2, apa2 sahaja refer to superman, semua aku nak rempat kalau leh. Malah aku jadi terkesima je bila lalui atau jenguk ke kedai SUPERHERO terutama kat MINES laa cos barang2 superman itu, cuma harga yg terlalu mahal buat aku telan air liur arrr dulu utk memilik brg2 tersebut nya.

Kawan2 & family aku pun dah lali gan aku yg terlalu sukakan SUPERMAN, secara kebetulan aku meminati penyanyi FAIZAL TAHIR yg juga sukakan superman.

Itu mmg kebetulan, aku dah lama sukakan superman & start suka suara FT masa pertandingan OIAM lagi, pas dia kuar OIAM baru FT start mania superman, so sama2 aku laaa, suka FT, suka SUPERMAN.

Yes, SUPERMAN is my fav superhero, jangan jeles yaaa, bye.

No comments:

Post a Comment