SALAM, buku dah baca, drama pun dah abis tgk, so skrg aku nak citer sikit laaa ttg kedua2nya, drama NORA ELENA yang ditayangkan di tv3 baru2 ni adalah diadaptasi dari novel karya MEEN ZULAIKHA iaitu KASIH YANG SUCI, bagi aku yg dah baca novel itu & tgk drama tersebut, boleh dikatakan bukan laa 100% ikut bulat2 kat novel, maybe 75% sahaja, byk gak part yg diubah.
Ironinya masa tayangan citer nih yg lalu iaitu 24 episode iaitu lebih kurang 6 minggu, aku tak pernah miss citer nih & asyik smpi awal je drive berkejaran dr ofis ke umah (alhamdullilah laa), aku just drive mcm biasa je, bg aku kalau tak leh tgk, aku boleh je tgk kat TONTON, ahhaa, tp syukur aku tak pernah miss pun.
Aku dah memilikinya pun sejak awal tayangan drama lagi di mana aku terus order dr kak meen terus. Menurut di FB, drama itu pun nak dinamakan KASIH YANG SUCI gak tp oleh kerana tak nak org keliru dgn drama KASIH SUCI lakonan fazura, maka diletakkan tajuk NORA ELENA.
Sinopsis sikit yaaa ttg citer nih, kisah NORA ELENA yg trauma pernah kena rogol masa sekolah dulu (dia tak tau sapa rogolnya) & amat fikir negatif je terhadap lelaki. Nora bakal berkahwin dgn Eid tp lagi 2 minggu sahaja nak nikah, Eid putuskan pertunangan itu bila cemburukan & salah sangka terhadap hubungan Nora dgn Seth.
Maka, Seth segera masuk meminang Nora utk selamatkan Nora & Family, di samping dirinya yg mmg cintakan Nora dlm diam, Nora terpaksa terima & Seth-Nora pun bernikah. Beberapa hari lagi nak nikah baru Eid tahu apa dia tuduh Nora itu tak betul & dia try pujuk Nora semula tp Nora tak boleh tarik balik krn familynya pun tak nak dimalukan Eid lagi, Maka bermulalaa hidup Nora bersama Seth, lelaki yg dia tak cinta.
Ok, setelah aku baca novel & tgk drama, aku nak komen sikit je perihal kedua2 nih, aku berharap KALAULAH KAT DRAMA TUH IKUT 100% mcm dlm novel lagi bagus, bukan apa.....ikut novel, lagi byk plot ROMANTIK antara seth-nora
1- watak yvonne dlm drama - ending with gila / kena tgkp, dlm novel, yvonne ending mati kena langgar lori
2- dalam novel, byk watak tmbhn lagi, kawan2 nora di ofis & kawan serumah
3-dalam novel, seth adalah cina, dia masuk islam & khatan semua baru kahwin nora. dlm drama hanya bgth dia tinggal dgn nenek & masa dekat nak kawin nora, dia pergi belajar agama (tak pasti dia cina kaah sebelum itu)
4 - watak seth dlm novel amat2 tegas dgn apa dgn cakap, kalau tak boleh mmg tak boleh, dalam drama watak seth byk ikut kata nora sahaja.
5 - dalam novel, seth-nora tinggal sebilik juga lepas kawin sedangkan dalam drama, mrk tinggal bilik asing
6- dalam novel, eid putuskan pertunangan krn dia diberitahu oleh nora sendiri yg nora dah tak suci, baru dia tak boleh terima hal itu & minta putus. dalam drama eid-nora putus tunang bila salah sangka nora ada hubungan dgn seth.
7- dalam novel, watak eid tidak kerja luar negeri lepas kecewa tp hanya kerja di tmpt lain (setempat juga) & byk juga tunjuk eid terjumpa nora / makan semeja time lunch dgn malek & kawan2.
8 - dalam novel, seth sahaja yg pergi rumah Nilawati utk menolongnya (didera suami nilawati) atas permintaan Nora yg tgh sarat mengandung. dlm drama, seth dtg dgn amir & nora (selepas salah sangka amir-nora ada hubungan pula) utk selamatkan nilawatii.
9- dalam novel, ending tuh anak nora-seth diselamatkan oleh pamela (tiada dlm drama watak ini) & diberi pada seth, sedangkan dalm drama, polis jumpa anak nora-seth di sebuah rumah di mana ada org suruhan yvonne
10-dalam novel, anak seth-nora ialah anak lelaki bernama QADRI, dlm drama anak seth-nora ialah anak perempuan nama QASIH
11 - dlm novel, di cafe perjumpaan pertama, seth pergi jumpa nora-eid & kenalkan diri yg dia boss eid & tanya jika nora iu kawan sekampungnya di mersing dahulu & bgth dia abg Maria, kawan nora, sedangkan dalam drama, seth dapat tahu itu nora yang dicintanya dr msg FB adiknya Maria yg bgth nickname FB nora ialah QASEH SUCI & seth jumpa nora di florist.
12- dlm novel byk detail ttg keluarga seth iaitu neneknya, adik2 seth, saudara mara tp hanya ada adik sahaja diberitahu dlm drama.
OK, itu je aku nak komen ttg kedua2nya. Apa2pun aku akui drama Nora Elena nih sebest gak kalau anda baca novelnya. Bye dulu.
No comments:
Post a Comment