Sunday, 24 July 2011

AKU NAK MARAH SANGAT

Jumaat [22 July 2011]

Hari ini aku mmg marah sgt. Cos dah 5 hari computer aku kat office tuh rosak. Dikatakan virus menyerang & apa2 network mahupun internet langung tak boleh masuk. Apa aku buka kat computer tuh w/pun folder2 biasa pun akan keluar isyarat DANGER.

Dari Isnin lagi aku harapkan ianya cepat dibaik pulih tp asyik dapat jawapan yg sama "aku nak scan dulu kat computer lain utk buang atau tahu virus itu" "tak tau laaa nak buat apa"", Errrrr aku lak terpinga.

OOOOOIIII dah 5 hari tau, aku kena asyik buat muka tebal pinjam computer cam kawan aku kat sebelah. Mmg laaa dia tak kisah tp aku mmg jenis tak tau nak pinjam brg org. Rs semacam je. Mmg kerja2 aku byk tergendala. Tp ada org faham?? Mungkin org lain suka kot tak de kerja, or tak perlu buat kerja, aku tak boleh, aku nak boleh kerja laaa.......

Kalau ikut hati aku, aku nak je cabut pc tuh, letak dalm kereta aku, bawa balik, aku baiki sendiri, kalau tak boleh aku antar kedai je sehari dah ok, at least ada gak sesuatu tindakan terhadap computer itu. Puas aku tunjuk muka bengang pun cam laa og tak perasan.

Tepat pukul 6 ptg, bunyi je alarm punch card kat office, cam biasa aku pun bangun dr meja aku & nak balik. Terdgr suara kata "eh Lia, bunyi je terus balik?", aku hanya senyum je, WELL suka hati aku laaa, aku ckp dlm hati, dah pun ofis abis pukul 6pm aku pun mmg kena balik laa.

Satu alasan aku, aku tak nak harungi jamm. Aku bosan kalau jamm tp itu yg aku kena harungi hari2 selama ini. Nak buat camner, itu rutin pun. Rumah aku bukannya 5-10km dari ofis, kira2 35km tau dari ofis. Kalau rumah aku dekat2 kawasan office, aku mmg takkan balik awal & tak perlu tergesa2 pun. Dgn jamm lagi, lagipun kalau dah gelap je mata aku nih bukannya nmpk sgt & mula laaa kabur2 nmpk byg2 cahaya itu ini. So aku mmg kena balik awal. Aku pun dtg ofis yg paling awal so balik pun awal laaa, hihihihi.

Turun lif, gi kat kereta, start enjin je terus aku terus meluncur pergi. Ahhaaa aku kalau jamm dah dekat2 gan rumah aku, aku tak kisah lagi, lagipun jalan MRR2 depan rumah aku mana pernah tak jamm. Tp kalau jalan utama depan ofis aku pun dah mula aku sangkut jamm, mmg aku berapi.

Sebab tuh on time kul 6pm je aku dah kuar. Aku kena lalui jalan2 sesak utama spt JALAN DUTA, JALAN MAHAMEHU, JALAN ISTANA, HIGHWAY KL-SEREMBAN,


Aahhha hari ini kurang jamm nmpknya. Jarang terjadi sgt cos setiap jumaat je aku mesti jamm & smpi rumah lmbt. Bila smpi area Jalan Istana dah mula kereta slow & bumper to bumper nmpknya. Then lagi slow, amboi betul2 menduga aku nmpknya. Mata aku pun mula nak kelat2. Please jgn laaaa buat hal lak mata aku, nak ngantuk pun nanti2 laaa, aku ambik bekalan asam aku minta dr budak depan aku kat ofis tadi utk aku kunyah2 utk buang ngantuk, KONON, ahhha.

Sampai area depan TUDM, cahaya matahari mula kuning & nak terbenam. Kereta kiri kanan pun byk yg dah pasang lampu. Jalan masih jamm tp masih bergerak. Aku no hal kalau jamm tp bergerak drpd yg tak gerak langsung.

Cantik pula cahaya matahari nak terbenam itu. SNAP aku sekeping gmbr di hp, saja2 buang masa sambil2 jamm. Lagu2 kat radio puas aku tekan2 cari channel yg bermutu pasang lagu tp semua tah apa2.

Aku tekan button USB kereta aku terus terkeluar lagu2 korea dr pendrive aku, Yeahhh terdgr lahu GD & TOP "Don't GO Home", lagu yg rancak tah berapa kali aku pasang & dgr kot. At laest aku tak tumpu sgt pada jamm yg buat aku marah & mata aku yg umpama nak ada gam ini. Nasib baik tak hujan hari ini.

Akhirnya smpi gak aku ke rumah. 5 minit lagi nak pukul 7pm. Ok laaa. Syukur Alhamdulililah sgt2. Aku nak lupakan hal2 computer aku kat ofis yg rosak itu utk 2 hari cuti nih.Isnin nanti baru aku ingat balik. Konon!!! Hari ini memang hari memenatkan. ahhhaaa BYE dulu.

No comments:

Post a Comment