Ahhhaa aku nak gak review tentang cerita MY GIRL, dah berkurun pun berkurun laaa aku peduli apa!!! Nyata, MY GIRL is my fav drama korean so far, lain2 walaupun aku gila drama korea, masih tak dapat nak tandingi kehebatan pelbagai sudut cerita MY GIRL ini.
Dari jalan cerita yg menarik, pelakon2 paling aku suka, susunan dialog aku amat gemar, semua lagu2 dalam track OST MY GIRL ini paling aku admire walaupun lagu paling slow mo atau lagu yg rancak, semua mmg terpahat tentang cerita ini, Pendek kata dari A - Z aku suka gila dgn cerita ini.
Cerita MY GIRL ini aku tak nafikan bukanlah drama pertama korea aku tgk. Aku mula tgk drama2 korea dr cerita winter sonata & autumn in my heart lagi. 2-2 cerita ini pun aku suka tp aku tak nak cerita ttg drama2 itu. MY GIRL antara drama korea selepas itu yg aku follow sampi hari ini terus jadi fav aku.

Aku nekad nak tgk drama ini bila dgr dia cerita. Sejak tuh aku mula addit dengan cerita ini. Pelakon2 utama drama ini ialah LEE DA HAE, LEE DONG WOOK, LEE JUN KI & PARK SHI YEON.
Biar aku cerita sikit drama ini. Bermula dari Gong Chan (Lee Dong Wook) seorg CEO sebuah hotel kepunyaan keluarganya. Dia punyai datuk yang sedang sakit & mungkin akan meninggal, Datuknya yg sakit itu sering minta Gong Chan utk mencari adik sepupu perempuan Gong Chan yg hilang sejak kecil utk datuk berjumpa dengan sebelum abis hayatnya.

Tetapi datuk dah menyesal & nak sgt bertemu anak perempuannya ttp menurut sumber, anak perempuannya dah mati & hanya ada anak perempuan sahaja. Jadi, bg datuk, jika dia dapat jumpa cucu perempuannya itu maka dia bolehlah menuntut memaafkan atas apa dia dah buat dulu.
Gong Chan punyai seorg sepupu bernama Jung Woong (Lee Jun Ki) yg sering berpoya2 & tidak mahu bekerja. tapi hubungan mrk sgt baik malahan Gong Chan asyik melindungi Jung Woong & berpihak padanya.
Suatu hari, Gong Chan secara tak sengaja terjumpa dgn Yoo Rin (Lee Da Hae) apabila Yoo Rin cuba menggunakan Gong Chan bila Yoo Rin nak naik kapal terbang. Sebenarnya Yoo Rin nak tolong pelanggan2nya yg terlmbt naik flight.
Yoo Rin bekerja sbg pemandu pelancong & fasih dlm bahasa Jepun & Mandarin. Dia sering merantau sana sini & selalu lari dr peminta hutang ayahnya. W/pun dia suka ambik kesempatan, dia sgt baik & selalu ffikir ttg diri kawan2 & ayahnya dahulu.

Maka bermulalah penyamaran Yoo Rin sebagai adik sepupu Gong Chan & cucu kepada datuk. Datuk amat gembira bila tgk 'cucunya' dah balik & datuk cepat pula sihatnya. Yoo Rin tinggal di rumah mrk. Gong Chan punyai seorg mak cik yg sangat baik & dia amat sukakan Yoon Rin.
Yoo Rin pula amat pandai ambil hati datuk & mak cik hingga hubungan mrk akrab. Seohyun (Park Si Yeon) pula seorg pemain tenis terkenal & teman wanita Gong Chan. Dia meninggalkan Gong Chan & mengejar kerjayanya sebagai pemain tenis. Bila dia balik ke Korea semula, dia mahu hubungannya semula dgn Gong Chan.
Gong Chan tak dapat terimanya pada permulaannya. Dia sedar dia mula sukakan Yoo Rin & jatuh cinta pada Yoo Rin. Gong Chan nak elak perasaan itu krn dia yakin suatu hari, Yoo Rin akan pergi dr situ bila tidak lagi nyamar sebagai adik sepupunya.
Gong Chan menerima semula hubungannya dgn Seohyun & buatkan Yoo Rin sedih. Yoo Rin pun dah jatuh cinta pada Gong Chan. Mahu tidak, mrk berdua amat rapat & tinggal serumah. Yoo Rin sering luah perasaan sedihnya pada Jung Woong tanpa dia tahu yg Jung Woong pun suka padanya.
Akhirnya Jung Woon tahu ttg kes penyamaran itu. Dia tahu apa pun terjadi nanti, mesti Yoo Rin juga yg akan kena & sedih. Dia dah pesan pada Gong Chan supaya bertanggungjawab atas segalanya & berterus terang dgn datuk tp Gong Chan tidak sanggup bgth datuk hanya kerana dia tahu dia akan kehilangan Yoo Rin nanti.
Gong Chan terpaksa terima hakikat yg dia cintakan Yoo Rin & dia bgth hal itu pada Yoo Rin. Dia putuskan hubungan dgn Seohyun & akan hadapi apa sahaja dgn Yoo Rin. Tetapi Seohyun dah tahu hal sebenarnya ttg penyamaran Yoo Rin & terus bgth datuk.
Datuk amat marah ttg penyamaran tuh & minta Yoo Rin pergi dr situ tanpa Gong Chan tahu. Datuk sebenarnya sayangkan Yoo Rin juga ttp degil tak nak terima hakikat itu. datuk telah tahu siapa cucu sebenarnya & telah pun pergi carinya. Dia tak bgth Gong Chan ttg penemuan cucunya itu krn dia tak nak Gong Chan lari dgn Yoo Rin. Yoo Rin sedih sgt & bgth Gong Chan yg dia akan pergi tinggal di Pulau Jeju utk seketika & minta Gong Chan dtg jumpanya di sana.
Tanpa Gong Chan tahu yg Yoo Rin sebenarnya telah bawa diri dgn ayahnya & pergi tmpt lain. Gong Chan tunggu panggilan Yoo Rin tp tetap tak dapat. Dia syak sesuatu & akhirnya setiausahanya bgth yg Yoo Rin dah pergi dr situ & adtuk dah tahu semuanya. Gong Chan cuba kejar Yoo Rin tp Yoo Rin telah pergi dr situ & tak tau ke mana. Gong Chan berhadapan dgn datuknya & bgth yg dia cintakan Yoo Rin. Datuk minta Gong Chan lupakan Yoo Rin krn Yoo Rin janji tak akan muncul lagi di hadapan mrk. Gong Chan sedih sgt.
2 thn berlalu, Gong Chan telah setia cari-tunggu Yoo Rin. Merata dia cari Yoo Rin tp tetap tak jumpa. Dia pun turut cari sepupunya yg betul utk dibawa jumpa pada datuknya. Sedangkan datuknya dah tahu pun cucunya & tak bgth Gong Chan pun. Jung Woong juga cari Yoo Rin & fikir mungkin Yoo Rin akan terimanya pula. Tak sangka Gong Chan berjumpa semula Yoo Rin ketika penerbangannya ke Jepun. Dia ikut je ke mana Yoo Rin pergi w/pun Yoo Rin tak pedulikannya.
Gong Chan nak cinta mereka semula. Gong Chan dpt tahu datuk sebenarnya dah lama jumpa sepupunya yg betul. Dia bgth datuk yg dia akan bersama Yoo Rin semula. Datuk geram sgt. Yoo Rin dah janji dgn datuk & dia buat helah lagi kononnya dulu dia mmg sengaja kenakan Gong Chan agar dia dpt menyamar utk dpt harta Gong Chan.
Datuk rasa bersalah & jumpa Yoo Rin & minta Yoo Rin kembali pada Gong Chan. Yoo Rin happy sgt & pergi cari Gong Chan di tempat mrk selalu jumpa. Mereka bersatu semula. ahhhaa cinta bertaut semula.
Setiap adegan dlm cerita nih amat2 aku suka & admire. Apatah lagi dialog2 & ayat2 Gong Chan & Yoo Rin amat2 aku ingat. Kisah cinta dlm MY GIRL ini byk pengajarannya.
Susunan lagu2 NEVER SAY GOOD BYE lagi amat aku ingat. Dah jadi ringtone hp aku pun hingga kini. VCD My Girl aku tak tau berapa ratus kali aku dah ulang, punyalah suka penangan cerita ini.
Akan dtg aku akan cuba bgth lagu2 yg terlibat dlm OST itu. Sesiapa tak tgk lagi cerita ini, amat2 aku sarankan tgk cerita ni. Ok bye dulu.
Boleh senaraikan tak instrumental music yg ada dalam drama ini?kalau awak ada lah :)
ReplyDeletesaya pun ulang tonton my story ni tiap -tiap hari . Bahkan lagunya pun saya dengar berulang kali .
ReplyDeletesaya pun ulang tonton my story ni tiap -tiap hari . Bahkan lagunya pun saya dengar berulang kali .
ReplyDeleteKat mana nak tonton drama ni yg ada subtitle melayu/indonesia?
DeleteSiapa cucu perempuan atok tu.
ReplyDeleteKat mana boleh tonton drama ni skrg.sbenarnya dh lama sya cari drma ni nk tonton..nak yg ada subtitle mlayu ke indonesia pon x kisah...dlu masa kcik penah tgk tp x hbis,yela kecik lagi mak x bagi😂
ReplyDelete