Saturday, 23 July 2011

Lagu Kisah Dongeng

Salam,

Seketika tersentuh aku bila tatkala dgr lagu terbaru STACY tajuk KISAH DONGENG, berbeza terasa "eh suara Stacy ke itu???", ye laaa Stacy asyik keluar with lagu rancak2 & fast song.

Kali ini berbeza sgt & irama yg slow cam pelik je bila dibgth yg stacy yg nyanyi lagu ini. Mungkin aku je kot pelik, ahahahha!!!



Lirik lagu nih amat sedih laa, bahagian terima laa aku seadaanya, cintalah aku seadaanya, tersentuh sgt. Lagi2 pas tgk video klipnyaa, yaaa, kita kena terima baik buruk pasangan kita lagi2 org yg kita cinta. Semua org ada kekurangan masing2, kelebihan masing2. Kalau tak boleh terima, putus jalan terbaik drpd menderita.

Pasangan terbaik ialah pasangan yg boleh ada dgn kita waktu kita susah, waktu kita senang. Bukan seketika sahaja. Dapat menerima keluarga kita, hidup kita, semua tentang sekeliling kita. Dapat terima ketidaksempurnaan kita, keburukan kita. Jangan hanya memandang luaran sahaja, Lihat dulu hati nurani dalaman seseorg yg penting.

Mari hayati lirik lagu ini.

Lirik Lagu Stacy – Kisah Dongeng
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
(korus)
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Tahniah stacy dapat nyanyi lagu best cam ini. Aku bukan peminat Stacy tp aku harapkan Stacy akan byk lagi nyanyi lagu2 cam ini. Ok bye dulu

No comments:

Post a Comment