Saturday, 23 July 2011

Cartoon THE SMURFS

Salam,

Tersenyum sendirian aku tadi bila buka tv3, aku terpandang cerita kartun THE SMURFS sedang ditayangkan. aahhaa, satu je aku nak kata "CERITA KARTUN INI ZAMAN AKU BUDAK2 LAGI", cute comeeiii je tgk cerita nih, aku terus mengajuk tema lagu smurf ni, la la lala lala, la lala lala!!!

Seingat aku cerita nih popular sekitar aku darjah 1-4 kot, thn 1987 sekitarnya mungkin. Karektor biru comel ini ada byk karektor mcm & mrk hidup satu puak & bermasyarakat. Ada watak tertentu aku tak ingat sgt laaa, yg ingat PAPA SMURF selaku ketua puak/ kmpung mrk itu. Ada watak perempuan bernama Smurfette, seorg yg memiliki rambut panjang warna kuning & disukai watak2 lelaki di situ.

Seorg lagi watak iaitu BRAINY SMURF, seorg yg pandai & bijak dlm selesaikan masalah, dia dicam dgn memakai cermin mata besar & sering buat taksiarn terhadap sesuatu. Ada 2-3 watak berdasarkan pekerjaan mrk spt BARBER SMURF & COBBLER SMURF. Sesorg yg suka tidur pun ada bernama DREAMY SMURF, asyik tidur je di mana sahaja. Itu je watak yg aku ingat tp ada watak lain gak.

Watak jahat bernama GARGAMEL seorg ahli sihir yg suka nak kacau kehidupan org2 smurf ini, dia sering bersama seekor kucing jahat juga bernama AZRAEL. Tiap kali cuba buat kekacauan tp asyik tak menjadi je krn semua smurf akan saling tolong menolong & bekerjasama utk halang jahat ini.

Walaupun aku tak suka tgk kartun, tp smurf ni antara kartun aku suka juga (selain NINJA TURTLE, POPEYE, THUNDERCAT). Zaman budak2 dulu mmg laaa aku follow kartun2 nih tp dah besar2 nih jangan harap, langsung ta minat.

Dgr kata smurf nih akan ditayangkan versi FILM & utk tayangan di wayang2 nanti. ahhaaa mesti ramai generasi aku yg tau ttg citer nih akan nantikan citer itu.

Ok laaa, itu sahaja aku nak citer ttg smurf. Maybe akan dtg aku akan cerita filmnya itu pula. BYE

No comments:

Post a Comment