Salam, aku nak review sikit ttg filem KL GANGSTER, sorry walaupun citer nih aku tgk dlm bulan Jun, aku tetap nak reviw bg pendapat aku. Arahan Syamsul Yusof ini bg aku antara cerita terbaik dr SKOP PRODUCTIOeN malahan air tangan Syamsul nmpknya menjadi. Dibarisi oleh Aaron Aziz (Malek), Adiputra (Jai), Syamsul Yusof (Shark), Zizan (Padil), Sofi Jikan (Ajib) dan lain2 lagi.
Filem aksi ini mengisahkan ttg Malek yg baru keluar penjara & ingin memulakan kehidupan baru yg baik tetapi terpaksa berdepan dgn musuh2 seperti Shark & adik Malek sendiri iaitu Jai. Malek dahulunya seorg 'taiko' yg disegani, masyhur & berkawan baik dgn ketua sindiket iaitu King (lakonan Ridzuan Hashim), tetapi Shark telah mengenanya & mengakibatkan Malek terpaksa merengkok di penjara. Shark adalah anak tiri King mmg seorg yg amat2 degil, jahat & sering melawan kata2 King.
Malek keluar penjara & nak mula hidup baru tetapi Ajib kawannya asyik mintanya join mrk semula & berpihak pada Dragon (lakonan Adam Corrie). Malek tak nak & cuba hidup baik. Jai (Adi Putra) dahulunya geng Dragon tp dia tamak duit bila Shark telah mengaburinya dgn duit. Shark mahu Malek ikutnya tp Malek tetap tak nak. Dia tahu Shark yg kenakan dia dulu tp kerana ingatkan persahabatannya dgn King, dia tak apa2kan Shark. Shark rasa tercabar & cuba dapatkan Jai. Jai ikut Shark pula.
Malek kembali mencari ibunya yg hidup menjual keropok tepi jalan. Dia baru tahu yg adik perempuannya iaitu Zetty (lakonan Shira Iskandar) turut terlibat dlm jualan ekstasi & asyik abiskan diri di kelab2. Malek cuba pujuk Zetty tp Zetty tak layannya & ungkit hal dulu2 ttg Malek. Shark semakin ganas bila dia bunuh King iaitu ayah tirinya sendiri. Shark cuba kuasai semua tmpt. Kawan baik Malek iaitu Padil (Zizan) terbunuh ketika Shark dt rumah Malek & ugut cari Malek.
Malek nekad nak balas dendam semula & nak join Dragon tp Dragon tak nak pula rn Malek pernah tolak tak nak ikut dia. Malek berdepan sendiri dgn bantuan Ajib, mrk berdepan dgn Shark & Jai. Malek berjaya bunuh Shark dgn hasil bantuan Dragon yg dtg tolongnya & dia terpaksa berdepan adiknya sendiri, Jai. Mereka bertempur & Jai kalah. Endingnya, ahhhaa, sapa belum tgk nanti dapatkan DVDnyerr yaa utk tau ending, waaahhhh!!!!
Aku nak komen ttg bahasa yg digunakan. Bg aku yg agak 'skema' ini, aku siap baca subtitle utk tau apa maknanya percakapan mrk. Adik aku kata "alaaa akak nih tu mmg laa bahasa org sekrg!!", aku yg tak tau agaknya. Aku amat2 suka action yg masing2 buat terutama watak Malek yg aku anggap amat2 COOL. Lakonan Aaron & Adiputra amat2 menjadi. Aaron mmg sesuai gan watak Malek & gaya lakonan dia yg best sgt. Apatah lagi bila dia fight, nmpk slow motion tp zaappppppp berkesan gak.
Syamsul pun ok sebagai Shark. Takut gak tgk tatto dia tuh. ahhaa. Jalan cerita amat2 pantas & takkan buat kita bosan. Cuma ada part2 sedih bila tunggu adegan mak Malek mungkin nmpk cam slow tp itu tak ganggu langsung jalan citer. Cuma aku pelik gak, asal citer gangster mesti tunjuk area Petaling Street. Ye laaa tempat lain tak de ke Gansgter2. Mungkin PS dah terkenal kot gan kod GANGSTER tuh. Lagi satu watak Zetty tuh tak perlu pun tak pe.
Aku bagi 8/10 utk citer nih. Dgr kata dah box office & 11 juta hasil kutipannya dlm beberapa minggu sahaja. Memang padan pun & thumps up for all the team yaa. BYE.
Trailer KL GANGSTER
No comments:
Post a Comment