Saturday, 16 July 2011

Review Korean Drama SECRET GARDEN

Salam, hari ni aku nak review ttg cerita korea bg aku paling best setakat ni (kira yg latest laa) iaitu SECRET GARDEN, start tayangan kat korea hari tuh 13hb Nov 2011 utk 20 episode & berakhir pada 16th Jan 2011, utk episode specialnya pula ditayang pada 22hb Jan 2011.

Aku amat2 mengikuti cerita ini & setiap kali episodenyer ditayang di korea, esoknya aku akan segera cari linknya utk aku download itu cara aku mengikuti cerita ini secara cepat & fresh dr korea (ahhha).

Secret Garden ini dibarisi oleh pelakon2 hebat seperti HYUN BIN, HA JI WON, YOON SANG HYUN, LEE PHILIP dan lain2 lagi. YES, faktor utama aku tgk cerita ini ialah sebab lakonan HYUN BIN, antara pelakon lelaki korea yg mmg aku suka sejak dulu2 lagi. Lakonannya dlm cerita My Name Is Kim Sam Soon & World Within mmg aku tak leh lupa.

Sedikit ttg citer ini yaaa, kisah Kim Jo Won (lakonan Hyun Bin) seorg yg kaya, mengendalikan mall milik keluarganya & seorg yg amat bongkak & suka bangga diri. Dia punyai seorg sepupu bernama Oska (lakonan Yoon Sang Hyun) seorg penyanyi & artis terkenal korea. Mereka berdua amat rapat tp sering bertengkar & tidak sependapat dlm apa2 jua. Tp hubungan mrk tetap baik. Secara tak sengaja Jo Won telah berjumpa dgn seorg stunt woman bernama Gil Ra Im (lakonan Ha Ji Won), seorg yg amat kasar tetap punyai hati yg baik.

Jo Won tersilap sangka Ga Im ialah teman wanita Oska pada permulaan perjumpaan mrk kerana ketika itu Ga Im sedang berpakaian sama dgn teman wanita Oska (seorg artis juga). Tp dia sedar wanita yg dia jumpa itu bukannya teman wanita Oska.

Ga Im pula menjadikan Oska sebagai Idola artis yg dia suka. Dia sering pergi tgk Oska buat konsert sana sini. Malahan dia pernah berlakon sbg stunt juga dalam sebuah video klip Oska. Jo Won mula suka Ga Im bila terpandang Ga Im sedang melakukan latihan stunt. Jo Won mula mendekati Ga Im tetapi Ga Im layan tak layannya.

Jo Won usaha lagi hingga mencari Ga Im di tempat latihan stunt & siap masukkan diri dalam ujibakat stunt semata2 utk dekati Ga Im. Lama2 dia dapati Ga Im seorg yg amat special & tidak terkejar2nya pun spt wanita lain, lagilah Jo Won nak cuba nasibnya.

Ga Im punyai seorg ketua di pusat latihan stuntnya bernama Jong Soo (lakonan LEE PHILIP) yg dlm diam2 menyintai Ga Im juga. Makin lama Ga Im jatuh cinta juga dgn Jo Won. Tetapi mrk mendapat halangan dr mak Jo Won.

Mak Jo Won seorg yg pasif & memandang luaran sahaja. Dia sering menghina Ga Im tetapi berkat kesabaran Ga Im & cintanya terhadap Jo Won, mak Jo Won asyik tewas sahaja.

Terdapat suatu kejadian di mana Ga Im & Jo Won telah bertukar watak bila hujan turun. Ini terjadi apabila Jo Won & Ga Im telah terminum air sakti yg membuatkan mrk bertukar watak. Ketika ini laaa byk kelakar terjadi. Jo Won pula punyai fobia tmpt sempit & gelap seperti lif, terowong & mana2 tmpt sempt w/pun tmpt persalinan baju.

Ini terjadi krn dulu dia pernah terperangkap dlm lif tetapi dia selamat kr telah diselamatkan oleh ayah Ga Im (ketika itu seorg bomba). Tp ayah Ga Im meninggal dlm kejadian itu. Jo won turut menyesal dgn kejadian itu. Bila mak Jo Won dpt tahu ayah Ga Im lah yg menyelamatkan Jo Won, dia guna hal itu utk ugut Ga Im Tp Ga Im tetap pendiriannya gak ttg cintanya terhadap Jo Won. Tp mak Jo Won telah guna tindakan keras di mana dia akan kenakan semua org yg berkaitan dgn Ga Im & menyusahkan hidup Jo Won. Kawan2 Ga Im diberhentikan kerja. Pusat latihan stunt dapat susah. Macam2 lagi.

Ga Im terpaksa mengalah & pura2 bgth Jo Won yg dia tak nak lagi hubungan mrk. Jo Won tak faham & terus pujuknya. Ga Im terpaksa guna alasan "menyalahkan Jo Won ttg kematian ayahnya" utk buat Jo Won tidak dekatinya lagi. Tp malangnya Ga Im terlibat dlm satu kemalangan semasa stuntnya & dia cedera parah & koma. Jo Won yg telah menjaganya selama dia koma. Jo Won baut satu keputusan utk tukar badannya ke badan Ga Im. Biar dia yg terlantar & Ga Im yg sedar. Sedihnya time nih.

Jo Won pula hilang ingatan & dia hanya ingat dirinya umur 21thn (ketika kejadian dlm lif bersama ayah Ga Im itu). Ga Im terpaksa buat Jo Won ingat semula ttg cinta mrk, diri mrk. Akhirnya Jo Won ingat semula & mrk bersatu, berkahwin. Punyai anak2 tp mak Jo Won tetap tak terima mrk juga. Sedihnyaaa cerita ini. Sesiapa tak tgk lagi patut tgk tau!!!

Cerita ini byk dapat award juga rupanya. Antaranya :
2010 SBS Drama Awards: Top Excellence Award, Actor – Drama Special (Hyun Bin)
2010 SBS Drama Awards: Top Excellence Award, Actress – Drama Special (Ha Ji Won)
2010 SBS Drama Awards: Netizen Popularity Award – Drama
2010 SBS Drama Awards: Netizen Popularity Award (Hyun Bin and Ha Ji Won)
2010 SBS Drama Awards: Best Couple Award (Hyun Bin and Ha Ji Won)


Lagu dlm cerita ni yg aku suka laa ialah Scar - BIOS. Aku siap edit buat rintone lagi, aahhaa bangganya. Lagi aku suka lagu Here I Am - 4Men. Hyun Bin juga turut nyanyi utk OST citer nih. Bagus tul Hyun Bin yg sekarang tgh latihan national service korea, dia tinggalkan sesuatu yg amat2 semua suka gan lakonannya yg amat2 berkesan dlm citer nih. Byk part yg Hyun Bin buat kita mengalir air mata juga. Begitu juga Ha Ji Won, pandai dia jadi seorg yg kasar. w/pun sebelum ni aku tak pernah suka tgk dia lakon tp dia mmg best dlm citer nih. Aku suka dgr message tone si Ga Im dlm citer nih - MUNJA WA SHONG (msg arrived!!) cute je.
Quote yg best dlm citer nih :
Ra-Im: What is that Ahjumma styled pajamas for?
Joo-won: Pajamas? You never learn the lesson. These are not clothes to be receiving such criticism. A naturalist designer from southern France worked on stitch by stitch regarding the them of flowers and the human right. These clothes aren’t what you guys think that they are. A master craftsman in Italy who made track suits for forty years by hand.

hahahha, kelakor masa nih, Sibuk je Jo Won asyik nak bertahan baju kilat dia tuh dgn ayat itu. Lagi, kata2 romantik dr Jo Won yg buat aku asyik ulang tgk citer nih.

“She drives like a car racer. If she witnesses someone’s purse being snatched, someone she’s never met in her life, she’ll throw fists. She has no money and her body is covered in scars, but she doesn’t want to spend even one second of one minute with people like us. She’s that kind of woman. I’ve never seen a woman as cool as her. That… is my answer.”

“All around the world there are 230 countries, and among those people I can speak 5 languages. Nevertheless, I can’t find the exact word to define our relationship.”

Open your eyes. You did something strange and stole my heart, you made me drink something strange and stole my body, showed up at someone else’s party and stole even my lips. If it wasn’t for that, there is no reason for you to look so pretty in my eyes.”

Yes, Secret Garden is the best drama utk aku laaa. Bye dulu.

No comments:

Post a Comment